Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ketua-ketua negara bersempena Sidang Kemuncak Asean-GCC-China pertama yang diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46. Foto, Amiruddin Shah (TVS)

Hubungan ASEAN, GCC dan China tawar peluang pelaburan nilai tinggi

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Hubungan tiga hala membabitkan ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China dijalin berdasarkan kepercayaan dan kepaduan menawarkan peluang yang luas bagi mensinergikan pelaburan dan perdagangan rentas wilayah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin kerjasama trilateral itu mampu membentuk masa depan yang lebih terhubung dan berdaya tahan serta makmur untuk generasi akan datang.

“ASEAN telah membuktikan bahawa semangat kedaerahan, berpaksikan konsensus, rasa hormat dan keterbukaan, kita boleh berjaya. Kita telah berkembang maju menerusi kerjasama telah terjalin dengan GCC dan China,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi pembukaan Sidang Kemuncak Asean-GCC-China bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di sini hari ini.

Sidang berkenaan turut disertai kesemua pemimpin ASEAN antaranya termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmão sebagai Pemerhati, Serta Setiausaha Agung Asean Dr Kao Kim Hourn.

Mereka disertai Perdana Menteri China Li Qiang dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa dan Putera Mahkota Kuwait Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah.

Selain itu turut hadir Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Asaad Tarik Al Said, Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al Saud serta Ahli Majlis Tertinggi UAE dan Pemerintah Ras Al Khaimah (RAK) Sheikh Saud Bin Saqr Al Qasimi.

Sementara itu Anwar berkata, dari sudut ekonomi, ketiga-tiga wilayah secara kolektif mengunjurkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 24.87 bilion dolar Amerika.

“KDNK ASEAN mencecah 3.8 trilion dolar, menjadikannya ekonomi keempat terbesar di dunia.

“Pada tahun yang sama, 23 peratus jumlah perdagangan dengan GCC berjumlah 130.7 bilion dolar Amerika, yang mana aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 300.2 bilion dolar Amerika,” katanya.

Anwar berkata China pula kekal sebagai rakan dagangan terbesar ASEAN dengan $700 bilion dalam perdagangan dan $17.3 bilion dalam FDI.

“ASEAN telah berkembang maju menerusi kerjasama lama dengan GCC dan China dan hari ini, kita memiliki peluang untuk meningkatkan hubungan ini,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan