Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Dermasiswa Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Jawi, Nibong Tebal di sini hari ini. Foto, TVS.

Guru wanita terkait kontroversi direhatkan

ByTVS

NIBONG TEBAL, 27 Mei: Seorang guru wanita yang didakwa menjalin hubungan dengan suami orang seperti yang tular di media sosial kini direhatkan daripada mengajar bagi memberi ruang siasatan lanjut.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, guru berkenaan bagaimanapun sedang menjalankan tugas-tugas sebagai seorang penjawat awam sementara tindakan berikutnya dilakukan.

“Kita mengambil sikap untuk memastikan tiada gangguan dalam siasatan itu.

“Jadi dia telah dikeluarkan daripada sekolah (tempat mengajar) supaya siasatan boleh berlangsung dengan lebih mudah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Perasmian Dermasiswa Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Anjuran Farm Fresh Berhad Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal.

Program berkenaan menyasarkan pelajar tingkatan enam daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dengan pemberian tunai sebanyak RM100 sebulan bermula Mei hingga Disember 2025 membabitkan 500 pelajar dari 10 negeri di Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti sebagai penerima awal.

Fadhlina mengulas mengenai isu dakwaan seorang guru wanita menjalin hubungan terlarang dengan seorang juruelektrik yang tular di media sosial.

Kontroversi melibatkan guru yang baharu bercerai itu menjadi tular selepas pertukaran mesej aplikasi WhatsApp antara mereka disebarkan di media sosial.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihaknya sentiasa memandang serius aduan, sama ada secara rasmi atau melalui media sosial yang terkait rapat dengan perkara berkaitan integriti, akhlak dan kelakuan guru.

“Kementerian Pendidikan turut mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan semua guru menjaga integriti dan etika keguruan yang ditetapkan sama ada di dalam atau di luar sekolah,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan