Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yahya Longchik atas pemergian bekas penyampai radio dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu. Foto Fahmi Fadzil (FB)

Fahmi ucap takziah atas pemergian legenda penyiaran Yahya Longchik

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yahya Longchik atas pemergian bekas penyampai radio dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu.

Allahyarham yang merupakan penyampai berita TV dan radio terkenal dari 1960an hingga 1990an itu meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Isnin.

Menerusi hantaran X hari ini, Fahmi menyatakan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia penyiaran negara.

“Sebagai antara suara dan wajah yang membentuk landskap berita TV dan radio tanah air menerusi @RTM_Malaysia, Allahyarham dikenang bukan sahaja atas gaya penyampaiannya yang berkarisma, tetapi juga atas dedikasinya terhadap mutu dan integriti penyiaran.

“Lebih daripada penyampai berita, beliau adalah simbol amanah, kredibiliti dan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Fahmi turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Selepas bersara daripada RTM, Yahya menyertai Pos Malaysia pada 1990 sebagai Pengurus Kumpulan (Perhubungan Awam). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan