Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ferdinand Marcos Jr (kiri), Prabowo Subianto (tengah), Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) pada Sidang BIMP-EAGA yang berlangsung di KLCC, hari ini. Foto, Azmeerul Ahmad (TVS).

BIMP-EAGA terus perkukuh komitmen rapat jurang pembangunan serantau

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Inisiatif Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) yang memasuki tahun kelapan telah memperlihatkan kemajuan dalam beberapa aspek iaitu keterhubungan, fasiliti perdagangan dan pelaburan, keselamatan makanan, eko pelancongan, tenaga serta pembangunan hijau.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr menyifatkan BIMP-EAGA telah berkembang dengan ketara dalam kesemua aspek itu, sekali gus memperkukuh komitmen negara terlibat untuk merapatkan jurang pembangunan di rantau ini.

“Sejak 2017, kerjasama kita (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina) semakin mendalam dengan perkongsian yang telah membawa manfaat nyata kepada rakyat.

“Kita telah meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang inklusif, mampan dan dipacu oleh inovasi,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Hadir menyertai mesyuarat itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam pada itu, Ferdinard Marcos meminta semua negara anggota untuk mengukuhkan visi bersama ke arah BIMP-EAGA yang lebih bersepadu, makmur dan berdaya tahan.

Jelasnya, perjalanan ke arah itu menuntut sinergi yang lebih besar, inovasi serta iltizam politik yang kukuh.

“Saya yakin melalui kerjasama kita, aspirasi yang kita pegang ini akan terus diterjemah kepada impak yang berkekalan buat rakyat kita,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan