Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris merakam kenangan bersama ahli Majlis Daerah Simunjan (MDS) di Bangunan DUN Sarawak hari in. Foto: TVS

Ahli Majlis Daerah Simunjan asah kepimpinan di DUN Sarawak

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 27 Mei: Seramai 25 ahli Majlis Daerah Simunjan (MDS) bagi penggal 2025 hingga 2028 mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, kunjungan itu bertujuan bagi memperkenalkan suasana persidangan hari ketujuh bagi Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat DUN Sarawak ke-19 kali ini.

“Seramai 16 daripada ahli yang hadir hari ini merupakan muka baharu…Oleh itu, kunjungan ini memberi pendedahan dan mereka diperkenalkan dengan bagaimana DUN bersidang,” katanya kepada TVS di DUN pada Selasa.

Awla dalam pada itu berharap kunjungan mereka memberi manfaat dan sekali gus memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan diri beliau selaku wakil rakyat.

Perkara yang sama diakui Hamran Salleh, 71, salah seorang antara muka baharu bagi ahli MDS yang hadir.

“Saya amat gembira kerana diberi peluang mengadakan kunjungan ke DUN hari ini.

“Ini adalah pengalaman berharga buat kami kerana turut berpeluang menyaksikan sesi penggulungan daripada beberapa kementerian,” jelasnya.

Selaku ahli MDS, Hamran turut berharap suara warga Simunjan akan terus mendapat perhatian dalam Persidangan DUN agar Daerah Simunjan terus menikmati pembangunan seperti kawasan lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan