Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari balas surat terbuka isu air pelajar di Sabah

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 27 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ambil maklum berkaitan surat terbuka untuk beliau daripada seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkaitan isu bekalan air di universiti tersebut.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu kenyataan hari ini sambil menyatakan bakal menyuarakan isu terbabit kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

“Saya tidak dapat mengambil tindakan seperti yang diharapkan (pelajar berkenaan) kerana permasalahan tersebut adalah di luar bidang kuasa saya,” kata beliau menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak pada Selasa.

Dalam pada itu, Abang Johari menzahirkan terima kasih kepada pelajar terbabit, Muhammad Rasul Rozmiezan atas inisiatif pemakluman isu bagi memohon perhatian beliau.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Rasul, pelajar berasal dari Kuching meluahkan kekecewaannya berhubung isu terbabit menerusi surat terbuka rasmi kepada Abang Johari.

“Kami jauh dari rumah. Kami tidak mempunyai keluarga di sini. Kami cuba menjadi kuat. Tetapi sebenarnya, masalah ini memberi kesan kepada semua orang — bukan hanya rakyat Sarawak. Rakan-rakan Sabah saya juga sedang berjuang. Ini bukan tentang politik. Ini soal maruah,” katanya dalam surat bertarikh 23 Mei lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan