Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 324,682 warga emas telah berdaftar sebagai pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) setakat April 2025. Foto Envato

324,682 warga emas berdaftar pemegang Kenyalang Gold Card

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mei: Seramai 324,682 orang warga emas telah berdaftar sebagai pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) setakat April 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pemegang KGC ini telah menerima pelbagai faedah dan keistimewaan melalui pemberian diskaun, rebat serta akses kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1,075 premis perniagaan dan penyedia.

“Selain itu sehingga 30 April 2025, seramai 176,890 warga emas telah berdaftar dalam sistem Senior Citizen Health Benefit (SCHB) dan sebanyak 279 hospital atau klinik swasta telah berdaftar sebagai panel.

Daripada jumlah warga emas yang berdaftar, seramai 57,252 (32 peratus) telah menggunakan kemudahan tersebut yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM8.29 juta,” katanya.

Menurut beliau, bagi tahun 2025, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sejumlah RM50 juta bagi inisiatif ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewqn Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

SCHB merupakan inisiatif kerajaan bagi menyediakan kemudahan rawatan pesakit luar secara tanpa tunai dengan had maksimum RM500 setahun untuk seorang warga emas.

Kemudahan itu disediakan di klinik panel yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dan beroperasi di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan