Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto UKAS

269 kes tribunal diselesaikan setakat Mei 2025

ByHandy G

KUCHING, 27 Mei: Sebanyak 269 kes tribunal tuntutan pembeli rumah (THPC) telah berjaya diselesaikan sehingga Mei 2025.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata antara tahun 2022 hingga Mei 2025, sejumlah 293 tuntutan telah difailkan di tribunal tersebut, dengan 269 kes berjaya diselesaikan.

“Kes-kes ini melibatkan kawasan seperti Kuching, Sibu, Miri, dan Bintulu, merangkumi tuntutan terkini serta tahun-tahun sebelumnya,” jelas beliau pada sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Tambah beliau, terdapat 89 kes yang masih belum selesai dan sedang menunggu perbicaraan.

“Kami komited memastikan proses penyelesaian kes berjalan lancar dan telus demi melindungi hak pembeli rumah di Sarawak,” kata beliau lagi.

Selain itu, Dr. Sim menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang gagal mematuhi keputusan tribunal.

“Sehingga Mei 2025, terdapat 16 kes sedang dalam proses pendakwaan atas kegagalan mematuhi Award Tribunal, mengikut Seksyen 53 Ordinan Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Lesen) 2013,” ujarnya.

Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri Sarawak dalam memastikan keadilan dan kepentingan pembeli rumah sentiasa terpelihara, sekali gus memperkukuh integriti sistem penyelesaian pertikaian perumahan di negeri ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan