KUCHING, 27 Mei: Seramai 1,245 kanak-kanak di bawah umur enam tahun didaftarkan sebagai orang kurang upaya (OKU) di Sarawak, setakatĀ 30 April lepas iaitu 77 peratus daripada mereka didiagnosis mengalami ketidakupayaan pembelajaran.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata angka terbabit membuktikan kesedaran kerajaan negeri dengan situasiĀ masih ramai kanak-kanak yang belum didiagnosis, terutamanya disebabkan oleh kekurangan pakar intervensi awal.
āKerajaan Sarawak komited untuk memperkukuh pendidikan inklusif melalui usaha memperluas saringan awal dan intervensi bagi kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh negeri,ā katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
Susulan itu, katanya, Program Perintis Peralihan OSEIC telah dilancarkan dengan kerjasama TOY8 dan Persatuan Pengusaha Tadika Sarawak (AKO) sebagai salah satu langkah penambahbaikan.
āPada masa ini, program perintis dilaksanakan di tiga tadika AKO, melibatkan tiga orang kanak-kanak, dan dipantau secara mingguan oleh pakar daripada Majlis Intervensi Awal Kanak-Kanak Kebangsaan (NECIC),ā jelasnya.
Tambah beliau, seramai 31 guru OSEIC telah dilatih dan diperakui untuk menggunakan alat saringan pembangunan digital TOY8, di mana 70 kanak-kanak daripada senarai menunggu telah disaring, dengan sasaran mencapai 200 saringan menjelang akhir Mei.
Fatimah turut memaklumkan bahawa enam orang guru telah diperakui sebagai jurulatih utama, manakala 30 guru dari enam zon telah dilatih untuk menjalankan saringan.
Setakat ini, 300 kanak-kanak SeDidik telah disaring dan sedang dikenal pasti untuk intervensi lanjut.
Menjawab cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Fatimah turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri merancang untuk menubuhkan Pusat Intervensi Awal Satu Hentian (OSEIC) di setiap bahagian, khususnya di Sri Aman.
āDengan sukacitanya saya memaklumkan bahawa penubuhan OSEIC Sarawak Sri Aman telah dimasukkan dalam perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Kami berharap projek ini akan diluluskan selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh perkhidmatan intervensi awal,ā ujarnya. ā TVS