Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh, Belawai, terbakar hari ini. Foto JBPM

Tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh terbakar

BELAWAI, 26 Mei: Tapak pelupusan sampah di Kampung Jerijeh di sini, terbakar hari ini.

Komander Operasi, Alban Gayan Lembang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.58 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran tapak pelupusan sampah berkeluasan 0.00826 ekar.

“Pihak bomba bertindak melakukan teknik pemadaman dengan menggunakan tiga aliran hos 400 kaki, tiga nozel dari sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman ditangguhkan pada jam 7 malam ini dan akan disambung pada hari esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan