Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden STU, Kullin Djayang (empat kanan) bersama golongan pendidik semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke- 22, STU Bahagian Sri Aman.

Suara guru didengari menerusi STU

KUCHING, 26 Mei: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mempelawa semua guru menyertai kesatuan itu agar boleh menikmati keistimewaan kad pekerja Madani, selain daripada potongan harga daripada rakan niaga STU di seluruh Sarawak.

Presiden STU, Kullin Djayang berkata, pihaknya sering menekankan para guru harus berada dalam kesatuan yang begitu banyak telah mengambil berat dalam skim perkhidmatan perguruan ini.

“Mendaftar sebagai ahli adalah sebagai tanda terima kasih kepada setiap pemimpin dalam kesatuan. Kepada semua guru baru, STU amat mengalu-alukan anda semua untuk bersama dalam kesatuan ini bagi meneruskan legasi kepimpinan dan meneruskan perjuangan demi kebajikan skim perkhidmatan perguruan ini.

“Jika tiada ahli yang baru sudah pasti suara perjuangan daripada kesatuan tiada lagi kedengaran,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke- 22 STU Bahagian Sri Aman, semalam.

Dalam perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei 2025 yang lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penggunaan kad pekerja Madani untuk semua ahli kesatuan di negara ini.

Kad pekerja Madani ini akan mendapat potongan harga sehingga 30 peratus dalam pembelian barangan keperluan dan perkhidmatan daripada lebih 100 syarikat telah menyediakan tawaran kepada semua ahli kesatuan di negara ini.

Dalam mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa sesi 2025/2028 itu menyaksikan Eileen Kee Hui Ling telah dipilih sebagai Pengerusi Bahagian manakala Lee Nyuk Moi telah dipilih untuk meneruskan tugas sebagai Setiausaha Bahagian.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung STU, Aniza Yusop, Goh Kaw Sze dan Bong Yu Wan yang merupakan Lembaga Penasihat STU Bahagian Sri Aman.-TVS

Tags: guru, STU

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan