Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stor penyimpanan barang lusuh di Jalan Lutong, Kuala Baram, Miri, terbakar petang tadi. Foto JBPM

Stor penyimpanan barang lusuh di Kuala Baram terbakar

MIRI, 26 Mei: Stor penyimpanan barang lusuh di Jalan Lutong, Kuala Baram di sini, terbakar petang tadi.

Komander Operasi, Iskandar Aus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.27 petang dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan barang lusuh berstruktur kekal.

“Api telah berjaya dipadamkan oleh pemilik rumah sebelum ketibaan bihak bomba di lokasi. Anggaran peratus kebakaran adalah 10 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak melakukan kerja-kerja overhaul dengan menggunakan satu aliran hos 100 kaki dan satu nozel dari pam jentera bagi memastikan api benar-benar padam sepenuhnya.

Setelah tiada lagi punca-punca api dan mendapati keadaan terkawal pihak bomba bertolak balik ke balai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan