Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kompleks Metanol Sarawak, Sarawak Petchem, di Tanjung Kidurong, Bintulu. Foto Fiqri Razak (TVS)

Petchem tingkat penggunaan gas asli, cipta 1,000 pekerjaan

ByShafik Ahmad

KUCHING, 26 Mei: Penubuhan loji metanol pertama milik penuh Sarawak, Sarawak Petchem Sdn Bhd memberi impak positif kepada industri tenaga apabila berjaya meningkatkan penggunaan domestik gas asli daripada enam kepada tujuh peratus setakat suku keempat tahun 2024.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, walaupun merekod peningkatan satu peratus, namun memberi kesan besar terhadap pembangunan ekonomi negeri.

Katanya loji tersebut telah mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan, yang sepenuhnya dikendalikan oleh anak jati Sarawak.

“Ini jelas membuktikan bahawa Sarawak memiliki kepakaran dalam bidang pembiayaan projek (project financing), pengurusan projek berskala besar serta pengoperasian industri petrokimia, minyak dan gas berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau menjelaskan, kewujudan loji ini adalah sebahagian daripada strategi yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR), yang menyasarkan peningkatan penggunaan gas domestik kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2030.

SGR merupakan inisiatif holistik kerajaan negeri untuk memaksimumkan nilai sumber gas asli Sarawak demi manfaat rakyat, serta menggalakkan pembangunan industri hiliran yang mampan dan berimpak tinggi.

Untuk rekod, loji metanol Sarawak Petchem bukan sahaja memperkukuh rantaian nilai gas negeri, tetapi juga menandakan kemajuan penting dalam usaha Sarawak menjadi hab industri petrokimia dan tenaga yang berdaya saing di rantau ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan