Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
M. Thianmolly dan V. Tara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin terhadap dua pertuduhan menipu membabitkan skim Projek Perumahan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ).Foto, TVS.

Penjawat awam, suri rumah mengaku tidak bersalah tipu skim perumahan

ByTVS

JOHOR BAHRU, 26 Mei: Seorang penjawat awam dan eksekutif kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin terhadap dua pertuduhan menipu membabitkan skim Projek Perumahan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ), melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM24,000.

Tertuduh, M. Thianmolly, 42, dan V. Tara, 30, membuat pengakuan berkenaan di hadapan hakim, Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail, setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Thianmolly dan Tara didakwa bersama-sama memperdayakan dua mangsa dengan mendakwa mereka boleh membantu menguruskan pembelian rumah di bawah projek berkenaan sedangkan mereka bukan pegawai atau wakil yang dilantik Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa menipu V. Vijayanathan, 48, di sebuah restoran di Setia Tropika pada 21 Februari 2021, kira-kira jam 11 pagi.

Mangsa kemudiannya telah menyerahkan wang berjumlah RM8,000 ke akaun milik Thianmolly selepas mempercayai dakwaan tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menggunakan modus operandi sama terhadap seorang wanita, Khoo Li Sa, 42, pada tarikh dan lokasi yang sama.

Mangsa kemudiannya telah memindahkan wang berjumlah RM16,000 ke akaun yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Siti Asmah Zainal Ariffin manakala Thianmolly serta Tara masing-masing diwakili peguam Tan Po Au dan Amarpreet Singh.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap setiap tertuduh.

Po Au kemudian memohon jaminan yang rendah susulan tertuduh mengidap komplikasi penyakit seperti kolestrol, diabetis, darah tinggi dan sakit buah pinggang tahap empat.

Amarpreet Singh yang mewakili Thianmolly turut memohon jumlah jaminan yang rendah susulan tertuduh tidak bekerja dan mengidap sakit tukang belakang.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dalam bentuk cagaran wang tunai bagi setiap seorang tertuduh dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 25 Jun 2025. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan