Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan pemimpin negara Asia Tenggara berkumpul di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 . Foto, TVS.

Nilai kebersamaan ASEAN terus diperkukuh, depani cabaran global

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Prinsip untuk memastikan pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan mesti terus disematkan di tengah-tengah agenda dan visi ASEAN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Malaysia menghargai sokongan semua pihak dalam memastikan negara ini selaku Pengerusi ASEAN terus komited dalam memajukan visi bersama ini.

“ASEAN menegakkan semangat berpusat. Ia bercakap bukan saja kepada aspirasi kita, tetapi juga kepada kewajipan kita. Ia bersandarkan pada keyakinan bahawa masa depan ASEAN mesti bergantung pada tonggak bersama iaitu pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di sini hari ini.

Sidang kemuncak itu menyaksikan pertemuan ketua-ketua negara ASEAN iaitu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, dan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.

Selain itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. dan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh turut hadir.

Sementara itu tambah Anwar, hubungan dan sistem pelbagai hala yang telah dilaksana perlu dipelihara dalam menghadapi cabaran dan ketidakpastian global.

“Pendekatan diplomatik tersebut menunjukkan keyakinan bahawa masa depan ASEAN adalah bersandarkan kepada tonggak pertumbuhan yang saksama, mampan dan daya tahan yang berkekalan,” katanya.

Berkenaan isu tarif timbal balik yang dikenakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS), Anwar berkata, ASEAN mengambil pendekatan diplomatik bagi mendepani masalah tersebut.

“Sebagai konsensus pindaan yang dicapai oleh Menteri Luar ASEAN di Langkawi awal tahun ini, saya telah mengambil keputusan untuk menulis kepada Presiden Donald Trump untuk mendapatkan persefahaman beliau bagi menganjurkan mesyuarat AS-ASEAN, bermaksud kita memerhati dengan serius semangat pemusatan,” katanya.

Sementara itu, Anwar menegaskan jalur geoekonomi ASEAN – Gulf Cooperation Council (GCC)-China memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan yang lebih terangkum dan mampan untuk pembangunan rantau ini.

Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang dilaksanakan buat kali pertama ini mencerminkan muhibah antara pemimpin rantau ini, selain usaha bagi mendalami dan bertindak secara strategik. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan