Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lo Khere Chiang menyampaikan hadiah kepada Fellicia Pamella Francis yang dinobatkan sebagai pemenang Mrs Tasik Biru 2025.

Mrs Tasik Biru 2025 mahu jadi ‘suara’ alam dan warisan

BAU, 26 Mei: Fellicia Pamella Francis, guru berusia 27 tahun dari Kampung Stenggang, Bau, dinobatkan sebagai Mrs Tasik Biru 2025 dalam satu malam penuh gemerlapan sempena kemuncak Pesta Tasik Biru 2025.

Lebih daripada sekadar cantik dan berkarisma, Fellicia tampil dengan misi besar, iaitu menyemarakkan kesedaran dalam kalangan anak muda tentang pentingnya menghargai keindahan alam semula jadi dan warisan Tasik Biru.

“Sebagai generasi muda, kita perlu lindungi khazanah seperti Tasik Biru daripada terpinggir dek arus moden,” katanya selepas dimahkotakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang.

Bertugas sebagai guru di SK Nanga Embuau, Song, Kapit dan juga ibu kepada bayi perempuan berusia lapan bulan, Fellicia mengakui cabaran bergelar pendidik dan ibu tidak menghalangnya untuk menyertai pertandingan ini, apatah lagi semasa cuti sekolah.

Apabila ditanya tentang rancangan menggunakan hadiah wang tunai RM2,500 yang dimenanginya, Fellicia tidak segan berkongsi:

“Saya nak makan semua yang saya teringin! McDonald’s, KFC…semua! Sebab saya diet lama untuk pertandingan ni!” selorohnya sambil ketawa.

Lebih manis, Fellicia sebenarnya ialah kakak kepada Joana Jane Francis, 22, yang dinobatkan sebagai Miss Tasik Biru 2025 seminggu sebelum itu.

Kemenangan dua beradik ini adalah pencapaian manis dan membanggakan buat keluarga Francis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan