Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Perancis Emmanuel Macron. Foto Fail AFP

Macron mulakan lawatan ke Asia Tenggara dengan kunjungan pertama ke Vietnam

ByBernama

ANKARA (Turkiye), 25 Mei: Presiden Perancis Emmanuel Macron tiba di Vietnam pada Ahad, menandakan lawatan pertama oleh pemimpin Perancis ke negara Asia Tenggara itu dalam tempoh sedekad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Lawatan negara selama tiga hari itu merangkumi pertemuan dengan  Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam dan Presiden Luong Cuong, selain menghadiri majlis menandatangani beberapa perjanjian dua hala, menurut portal berita berbahasa Inggeris tempatan, Vietnam News.

Ini merupakan lawatan pertama Macron ke Vietnam sejak beliau memegang jawatan pada 2017.

Lawatan itu menyusul selepas kunjungan rasmi To Lam ke Perancis pada Oktober tahun lepas, yang menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan mereka kepada “perkongsian strategik komprehensif.”

Perancis dan Vietnam menjalinkan hubungan diplomatik pada peringkat duta pada April 1973.

Perdagangan dua hala mencecah US$5.42 bilion tahun lepas, dengan US$1.79 bilion  dicatatkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Selepas lawatan ke Vietnam, Macron dijadual ke Jakarta untuk bertemu Presiden Indonesia Prabowo Subianto, sebelum ke Singapura, di mana beliau dijangka menyampaikan ucaptama pada Dialog Shangri-La pada Jumaat.

Lawatan itu merupakan sebahagian daripada strategi Perancis untuk memperkukuh penglibatan ekonomi dan menyaingi pengaruh China yang semakin meningkat di rantau Indo-Pasifik.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan