Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba Sarikei menurunkan seekor kucing dari atas pokok di Jalan Jelutong Barat, Sarikei. Foto BBP Sarikei

Kucing ‘tersangkut’ atas pokok kelapa diselamatkan bomba

SARIKEI, 26 Mei: Seekor kucing yang tidak dapat turun dari pokok selama dua hari di atas sebatang pokok kelapa di Jalan Jelutong Barat di sini akhirnya berjaya diselamatkan oleh pihak bomba, semalam.

Kehadiran kucing itu hanya disedari oleh penduduk setempat selepas mereka terdengar bunyi ‘meow’ yang berulang kali datang dari atas pokok berkenaan.

Namun, usaha mereka untuk membantu gagal kerana pokok kelapa tersebut terlalu tinggi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Arrahman Chik, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.58 malam tadi.

“Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat agak mencabar kerana kedudukan kucing itu yang berada di bahagian tinggi pokok sekali gus menyukarkan usaha menyelamat.

“Sebagai tindakan lanjut, kami terpaksa menggunakan tangga jentera untuk mencapai lokasi kucing berkenaan dan akhirnya berjaya menangkap serta menurunkannya dengan selamat,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan