Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat Media Kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas pada Sabtu memaklumkan bahawa bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza setakat ini hanya merangkumi kurang daripada satu peratus keperluan asas penduduknya, lapor Xinhua. Foto fail AFP

Bantuan yang masuk ke Gaza kurang 1 peratus daripada keperluan penduduk – Hamas

ByBernama

GAZA, 26 Mei: Pejabat Media Kerajaan Gaza yang dikendalikan Hamas pada Sabtu memaklumkan bahawa bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza setakat ini hanya merangkumi kurang daripada satu peratus keperluan asas penduduknya, lapor Xinhua.

“Sepanjang 84 hari sekatan dan penutupan, sekurang-kurangnya 46,200 buah trak yang membawa bantuan dan bahan api sepatutnya dibenarkan masuk ke Gaza bagi memenuhi keperluan minimum penduduk.

“Namun dalam beberapa hari kebelakangan ini, pihak penjajah (Israel) menyebarkan naratif mengelirukan kononnya mereka membenarkan kemasukan ‘bantuan’, sedangkan hakikatnya hanya kira-kira 100 buah trak yang benar-benar masuk, iaitu kurang daripada satu peratus daripada keperluan asas penduduk,” menurut kenyataan pejabat itu.

Pejabat itu turut memaklumkan bahawa bantuan yang dihantar hanya merangkumi sejumlah kecil ubat-ubatan dan tepung gandum yang sampai ke beberapa kedai roti, pada ketika penjajah masih menyekat operasi lebih 90 peratus kedai roti di Gaza.

Israel sebelum ini bersetuju untuk menarik balik sekatan yang berlangsung hampir tiga bulan dan membenarkan kemasukan bantuan terhad ke wilayah terkepung itu.

Namun, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Jumaat berkata “bantuan yang diluluskan setakat ini hanyalah ibarat satu sudu air berbanding limpahan bantuan yang amat diperlukan.”-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan