Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan Pesara 2025. Foto JPJ Sarawak

51 kakitangan terima anugerah cemerlang, 9 pesara JPJ Sarawak diraikan

KUCHING, 26 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 dan Pesara 2025 dengan jayanya dalam suasana penuh gemilang bertempat di Kuching Royal Cruise.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada 51 orang pegawai dan kakitangan JPJ Sarawak yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2024 serta meraikan sembilan orang pesara yang akan menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun 2025.

Penyampaian sijil kepada para penerima anugerah dan pesara telah disempurnakan
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibolah.

Kehadiran beliau bukan sahaja menyerikan majlis, malah menjadi lambang penghormatan tertinggi kepada penjawat awam yang telah menyumbang bakti dengan penuh komitmen dan integriti kepada jabatan dan negara.

Majlis ini turut mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Aedy Fadly Ramli yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap inisiatif penghargaan seperti ini.

Majlis ini bukan sekadar menyampaikan anugerah, tetapi juga menjadi medan mempererat ukhuwah antara warga JPJ serta menyemai semangat kerja berpasukan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Ia juga memberi inspirasi kepada seluruh warga JPJ agar terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan