Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn. Foto UKAS

27,033 pelajar dapat manfaat BKK

ByMahathir Haroun

KUCHING, 26 Mei: Seramai 27,033 pelajar memohon bantuan wang saku RM1,200 di bawah inisiatif Bantuan Kewangan Khas (BKK) setakat 24 Mei lalu.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia belum mencapai sasaran penuh memandangkan seramai 60,220 pelajar layak menerima manfaat BKK tersebut berdasarkan anggaran kementeriannya.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua pelajar yang layak bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Jun 2025,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Menurutnya, setiap anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi di seluruh negara layak menerima elaun wang saku tersebut setiap tahun tanpa mengambil kira pendapatan isi rumah.

“Inisiatif ini bukan sekadar bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian tetapi juga membantu pelajar kita memberi tumpuan kepada pelajaran, memasang impian yang lebih besar dan maju ke hadapan tanpa risau akan beban kewangan.

“Ia juga merupakan pelaburan dalam mobiliti sosial, kemakmuran ekonomi dan ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih adil,” ujarnya.

Sementara itu, Sagah berkata, Kerajaan Sarawak mengagihkan 9,581 unit komputer riba dan 3,015 baucar buku kepada pelajar yang layak di semua institusi pengajian tinggi di Malaysia.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan