Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba melakukan pemeriksaan susulan di lokasi kejadian. Foto BBP Bomba Bintangor

Warga emas terselamat dalam kebakaran rumah di Kampung Muhibbah

BINTANGOR, 25 Mei: Tindakan pantas penduduk Kampung Muhibbah berjaya menyelamatkan seorang wanita warga emas dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal di sini, petang tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3.20 petang itu hanya membabitkan sebuah bilik di rumah berkenaan dan berjaya dipadamkan dengan bantuan penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, kejadian disedari sekumpulan penduduk yang berada berhampiran apabila mereka ternampak kepulan asap keluar dari rumah tersebut.

“Mereka segera bertindak memadam kebakaran menggunakan air daripada paip berhampiran. Ketika kejadian, mangsa yang berusia lebih 60 tahun masih berada di dalam rumah, namun berjaya dikeluarkan dengan bantuan penduduk dan ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi media.

Tambah beliau, tiada operasi pemadaman atau penyelamatan dijalankan oleh pihak bomba memandangkan api telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh penduduk sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan bomba hanya menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan keadaan selamat dan tiada lagi risiko kebakaran.

“Selepas memastikan kawasan terkawal, pasukan bersama jentera kembali semula ke balai,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan