Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Sanusi serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Kesyukuran, Bacaan Yasin dan Pelancaran Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak Tahun 2025M/1446H di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

TYT, Premier hadiri Majlis Kesyukuran MIS ke-70

ByAsmah Adenan

KUCHING, 25 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan 70 Tahun Majlis Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak hari ini.

Ketibaan beliau kira-kira jam 6.31 petang disambut mesra oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datu Abang Mohammad Shibli Abang Mohd Nailie.

Turut hadir pada majlis tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datin Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Ketibaan Tun Dr Wan Junaidi dan isteri kira-kira jam 6.38 petang disambut oleh Premier Sarawak serta dif-dif kenamaan yang lain.

Antara pengisian program termasuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Dato Ismawi Duet, Awangku Omar Asfauddin Awg Hamdan, Mohd Faizzil Affandi dan Hadi Mohd Sharkawi.

Kemuncak acara diteruskan dengan tausiyah oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin, pelancaran logo 70 Tahun Majlis Islam Sarawak dan bacaan doa selamat oleh Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta dif-dif kenamaan yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan