Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan tiga rumah dan tiga kenderaan. Foto JBPM

Tiga rumah termasuk kenderaan musnah dalam kebakaran di Papar

ByTVS

PAPAR, 25 Mei: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas tiga rumah musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Laut Kinarut di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal turut dilaporkan musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8 pagi.

Katanya, sepasukan 18 anggota dan pegawai termasuk pasukan bantuan daripada BBP penampang dan Putatan bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tiga rumah kediaman jenis tidak kekal dan tiga kenderaan iaitu Perodua Myvi, Perodua Kancil dan motosikal musnah terbakar.

“Pasukan operasi terus melaksanakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter dengan dua pancutan dari jentera BBP Putatan, BBP Papar dan BBP Penampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 8.39 pagi dan tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, setelah dipastikan tiada bahaya lain termasuk punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula, operasi ditamatkan pada jam 11.08 pagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan