Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara pelajar yang menyertai Program Scienceploration 2025 yang berlangsung di Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan. Foto UNIMAS

Scienceploration 2025 buka ruang kreativiti dan inovasi STEM pelajar Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 25 Mei: Seramai 137 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh Kuching, Kota Samarahan dan Serian telah menyertai Program Scienceploration 2025 yang berlangsung di Pusat Pengajian Pra Universiti (PPPU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Program sehari ini bertujuan memupuk minat serta meningkatkan pendedahan pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie dan turut dihadiri Pengarah PPPU, Dr. Mohd Alhafiizh Zailani, barisan kepimpinan universiti serta para penaja.

Dalam ucapannya, Profesor Dr. Fitri Suraya menekankan kepentingan STEM sebagai tunjang pembangunan negara dan keperluan melahirkan generasi muda yang celik teknologi.

“Bidang STEM bukan hanya untuk pelajar cemerlang, tetapi untuk semua. Dunia kini memerlukan saintis, jurutera, pengaturcara dan pencipta daripada pelbagai latar belakang.Scienceploration adalah platform untuk membentuk cara berfikir kritikal, keyakinan diri dan semangat ingin tahu yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PPPU, Dr. Mohd Alhafiizh Zailani turut menegaskan kepentingan pendedahan awal terhadap STEM.

“Sains adalah proses memahami alam, teknologi adalah aplikasi ilmu, kejuruteraan ialah solusi kepada masalah, dan matematik ialah bahasanya. Pelajar hari ini ialah jurutera dan saintis masa depan, dan Scienceploration memberi mereka ruang untuk mencuba, gagal, dan berjaya,” ujarnya.

Program ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif seperti Free Fall Motion, Math Playground, Chromatography in Daily Life, Anaerobic Respiration Process, Steganography serta persembahan video montaj.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS), Incredible Hearts PLT, Tabung Baitulmal Sarawak, Sarawak PETCHEM Sdn Bhd, Musyati Sdn Bhd, dan Majlis Islam Sarawak. Sambutan menggalakkan diterima daripada sekolah-sekolah sekitar antaranya: SMK Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab (SHOAW), Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA), LODGE International School, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, SMK Agama Matang 2, SMK Hajjah Laila Taib, SMK Wira Penrissen, SMK Balai Ringin, SMK Saint Joseph, SMK Green Road, SMK Kota Samarahan, SMK Dato Mohd Musa, SMK Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) dan SMK Bandar
Samariang.

Dengan penganjuran Scienceploration 2025, UNIMAS melalui PPPU terus komited dalam memperkasa pendidikan STEM sebagai asas transformasi negara ke arah pembangunan berteraskan inovasi dan kelestarian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan