Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Mimi Tang berkongsi mengenai visi Australia untuk meningkatkan kefahaman mengenai negara - negara ASEAN. Foto,Firdaus Ismail (TVS).

Pusat Australia -ASEAN fokus tingkatkan pemahaman mendalam dua blok

ByFirdaus Ismail

MELBOURNE, 25 Mei: Australia menyatakan komitmennya mahu mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang dengan negara – negara ASEAN menerusi penubuhan Pusat Australia – ASEAN.

Pengerusi lembaga pengarahnya, Profesor Mimi Tang berkata, hasrat berkenaan meliputi sektor perniagaan, penyelidikan pendidikan serta kebudayaan.

Jelas beliau, negaranya turut menyedari peranan penting lebih 300 juta golongan belia di Asia Tenggara yang dapat memainkan peranan penting mewujudkan keselamatan jangka masa panjang untuk kedua -dua rantau berkenaan.

“(Berkenaan dengan dengan fungsi pusat berkenaan), apa yang kami lakukan sebagai lembaga penasihat ialah membantu memperkemaskan strategi dan (seterusnya) mengimplikasi strategi berkenaan dalam usaha untuk mencapai matlamat kami iaitu meningkatkan literasi di Asia Tenggara dan Australia.

“Ini bermaksud kami mahu Australia mempunyai kefahaman yang lebih mendalam tentang budaya di wilayah itu (ASEAN) di samping mahu mengeratkan hubungan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang melawat Murdoch Children’s Reseach Institute (MCRI) di Melbourne baru – baru ini.

Lawatan berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Hubungan Luar dan Perdagangan Australia sempena ulang tahun ke -70 kerjasama Australia dengan Malaysia.

Perlantikan Mimi yang juga pakar bidang alahan dan imunologi untuk mengemudi usaha berkenaan diumumkan oleh Menteri Luar Australia, Penny Wong pada Februari lepas.

Kerajaan Australia pada November 2024 melancarkan Pusat Australia – ASEAN sebagai usaha untuk mengukuhkan hubungan dengan pakatan negara Asia Tenggara bagi menyokong aspek pelaburan dan bidang strategik lain seperti yang digariskan dalam Strategi Ekonomi Australia Hingga 2040.

Sementara itu Mimi mengakui walaupun negaranya mempunyai sejarah panjang dengan ASEAN, namun masih banyak yang perlu difahami mereka.

“Apa yang boleh saya akui ialah terdapat kepelbagaian yang sangat ketara di ASEAN dan sebelum ini saya melihat mereka (ASEAN) sebagai satu unit yang sama namun perkara itu tidak tepat kerana setiap negara mempunyai polisi dan keutamaan yang berbeza.

“Oleh itu penting apa yang kami ingin laksanakan perlu selari dengan apa yang rakan kami di sana mahu capai,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan