Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Dari kiri) Uchi, Nelly, Nani (duduk), Amenda dan Doris merakamkan kenangan pada malam Makan Malam Mantar Gawai Dayak 2025 malam tadi. Foto TVS

Perpaduan tunjang pembangunan – Doris Sophia

SIBU, 25 Mei: Perpaduan harus mengatasi segala perbezaan dalam sesebuah organisasi kerana hanya dengan semangat kesepakatan, matlamat bersama dapat direalisasikan dan kemajuan dapat dicapai.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, tiada pembangunan yang mampu dicapai tanpa perpaduan dalam kalangan ahli organisasi.

“Jika kita lebih banyak bertelagah daripada bersatu, hala tuju kita akan menjadi kabur. Kita akan terjebak dalam konflik dalaman dan akhirnya gagal mencapai kemajuan yang diidamkan,” katanya semasa merasmikan Majlis Makan Malam Pra-Gawai Dayak 2025 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu malam tadi.

Doris memuji kerjasama empat pertubuhan utama iaitu Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu yang berganding bahu menganjurkan majlis tersebut.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkenalkan program Niti Daun atau perarakan Gawai Dayak di Sibu, sebagai satu inisiatif memperkasakan warisan budaya Dayak.

“Saya berharap wakil rakyat di kawasan Sibu akan turut memberi sokongan kewangan kepada SIDS untuk menjayakan lebih banyak program kebudayaan,” ujarnya yang turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15,000 kepada SIDS Sibu selaku penganjur utama majlis berkenaan.

Dalam majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh turut menyumbang RM10,000, manakala ADUN Ngemah, Anyi Jana menyerahkan peruntukan RM5,000 menerusi dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Sementara itu, Pengerusi SIDS Sibu, Angelyn Uchi Maseng berkata, SIDS dan Sarawak Dayak National Union (SDNU) Sibu menyatakan hasrat untuk menganjurkan Niti Daun di Sibu bagi memperkenalkan budaya Dayak kepada masyarakat umum.

“Beberapa kawasan lain telah berjaya menganjurkan Niti Daun bukan sahaja untuk mempamerkan budaya Dayak tetapi juga bagi mengeratkan hubungan antara komuniti pelbagai kaum. Kami juga ingin melihat ia dilaksanakan di Sibu,” katanya.

Menurut beliau, SIDS dan SDNU Sibu bersedia menjadi penganjur program tersebut namun memerlukan sokongan kewangan daripada Ahli Parlimen dan ADUN setempat bagi merealisasikan hasrat itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan