Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di kawasan perindustrian KKIP Timur, Kota Kinabalu pagi tadi. Foto JBPM Sabah

Penunggang motosikal maut tersepit bawah lori kontena

ByTVS

KOTA KINABALU, 25 Mei: Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di kawasan perindustrian KKIP Timur, pagi tadi.

Insiden berlaku di hadapan kilang SBH Kibing Solar New Materials, Jalan 7 KKIP Timur kira-kira jam 11.12 pagi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari BBP Lintas dan BBP Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 16 kilometer dari balai, menggunakan beberapa aset termasuk dua jentera FRT dan dua unit EMRS.

“Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah lori kontena 10 tan dan motosikal SYM E Bonus 110. Seorang mangsa tersepit di bawah lori dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.37 tengah hari selepas kawasan disahkan selamat. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found