Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 35 tahun cedera selepas kereta dipandu kemalangan kendiri di Jambatan Kuching Sungai Sarawak, awal pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu kemalangan kendiri

KUCHING, 25 Mei: Seorang lelaki berusia 35 tahun cedera selepas kereta dipandu kemalangan kendiri melanggar besi penghadang jalan di Jambatan Kuching Sungai Sarawak di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Danial Teo berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.09 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Perodua Viva telah melanggar besi penghadang jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian pemandu dan telah berjaya dikeluarkan bihak bomba menggunakan peralatan khas RTA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu mengalami kecederaan di bahagian muka dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Setelah mendapati keadaan terkawal dan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan