Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 83 rumah di Felda Lui Barat dan enam rumah di Kampung Baru Ayer Hitam di Jempol mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat pada Sabtu. Media Sosial

Lebih 80 rumah rosak akibat ribut di Jempol

ByBernama

SEREMBAN, 25 Mei: Sebanyak 83 rumah di Felda Lui Barat dan enam rumah di Kampung Baru Ayer Hitam di Jempol mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata Felda Lui Barat merekodkan 224 mangsa daripada 62 keluarga manakala Kampung Baru Ayer Hitam melibatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

“Empat anggota ke lokasi kejadian di Felda Barat Lui pada 6.14 petang tadi mendapati beberapa atap rumah mangsa telah tercabut akibat angin kencang iaitu melibatkan 83 rumah, mangsa memaklumkan hujan lebat dan angin kencang petang tadi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata setakat ini hanya enam keluarga berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat dan tiada PPS dibuka di Kampung Ayer Hitam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan