Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
砂副总理道格拉斯今日为峇当沙里拔一号大桥主持试通车仪式。

Jambatan Batang Saribas 1 siap sepenuhnya, penantian penduduk berakhir

PUSA, 25 Mei: Pergerakan penduduk di Pusa dan Beladin kini lebih mudah dengan siapnya jambatan menyeberangi Sungai Saribas, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya, penantian penduduk selama 60 tahun telah berakhir, malah pergerakan mereka ke kawasan lain lebih cepat berbanding dahulu.

“Kini jambatan ini telah dibuka, kalau dulu penduduk atau orang ramai perlu mengambil masa selama 30 minit untuk menyeberangi Sungai Saribas menggunakan feri,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Pelancaran Awal Jambatan Batang Saribas 1 di Pusa pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan memaklumkan jambatan tersebut adalah yang kelima daripada keseluruhan 16 buah jambatan sepanjang laluan Jalan Pesisir telah siap sepenuhnya setakat ini.

“Jambatan Saribas 1 ini merupakan yang kelima selepas Jambatan Marudi, Jepak, Muara Lassa dan Batang Rajang yang telah berjaya kita siapkan di sepanjang laluan Jalan Pesisir,” katanya.

Untuk itu jelasnya, pemantauan rapi terhadap projek-projek berkenaan akan terus dilakukan pihaknya menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia siap mengikut jadual.

Katanya, pihak kontraktor juga diseru agar terus memainkan penting bagi tujuan yang sama.

Perasmian Jambatan Batang Saribas 1 itu akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan