Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa. Foto hiasan Bernama

Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada 6 Jun – Pusat Astronomi Antarabangsa

ByBernama

ABU DHABI, 25 Mei: Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.

Pusat yang berpangkalan di Abu Dhabi itu memaklumkan bahawa anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah 1446H dijangka dapat dilihat pada Selasa, 27 Mei, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Pengarah pusat berkenaan, Mohammad Shawkat Odeh berkata anak bulan itu boleh dilihat menggunakan teleskop di beberapa bahagian Asia Tengah dan Barat, kebanyakan wilayah di Afrika serta Eropah.

Beliau menambah bahawa anak bulan juga mungkin dapat dilihat tanpa bantuan teleskop di beberapa bahagian benua Amerika.

Berdasarkan kiraan astronomi itu, 28 Mei dijangka menjadi hari pertama Zulhijjah, menjadikan Aidiladha jatuh pada hari ke-10 iaitu Jumaat, 6 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan