Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumang Gawai Dayak 2025, Nani Saban (empat dari kiri) diapit oleh Lulong, Nelly Mujan Rogelio (tiga dari kiri) dan Selingkar Matahari dan Amanda Allanie Ambrose (tiga dari kanan). Foto TVS

Gadis Sekuau, Nani Saban dinobat Kumang Gawai

SIBU, 25 Mei: Impian untuk menjadi Kumang menjadi kenyataan buat Nani Saban, 23, apabila dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Sibu 2025 dalam satu majlis penuh gemilang di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

“Sejak kecil saya selalu melihat pertandingan Kumang dan tertanya-tanya, bolehkah seorang gadis dari rumah panjang kecil seperti saya berdiri di pentas ini? Kini saya tahu, dengan usaha dan semangat, semuanya mungkin,” kata Nani sambil menitiskan air mata kegembiraan.

Nani mengetepikan 10 peserta lain melalui penampilan memukau dalam busana tradisional lengkap serta kebolehan berkomunikasi yang baik dalam bahasa Iban dan pengetahuan tentang adat resam Dayak.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang wang tunai RM4,000, mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Dengan kemenangan ini, Nani bukan sahaja membawa nama baik komuniti Sekuau ke persada negeri, malah menjadi inspirasi kepada gadis-gadis rumah panjang lain untuk terus mengejar impian — bahawa menjadi Kumang adalah tentang mencintai budaya sendiri dan berani menonjolkan jati diri.

Sejak zaman nenek moyang, gelaran Kumang dalam masyarakat Dayak bukan sekadar lambang kecantikan semata-mata tetapi juga simbol kebijaksanaan, kesopanan dan kemuliaan wanita dalam adat dan budaya.

Gelaran itu yang berasal dari mitos purba Iban merujuk kepada wanita ideal dalam dunia kayangan, jelita, berakhlak tinggi dan petah berbicara.

Tempat kedua atau gelaran Lulong diraih Nelly Mujan Rogelio dari Sungai Asap, Belaga yang membawa pulang RM3,000, diikuti Amenda Alannie Ambrose Luta dari Pasai Siong, Sibu yang menggondol gelaran Selinggar Matahari bersama hadiah wang tunai RM2,000.

Tujuh peserta lain iaitu Natasha Malviana Nyandang, Fravelian Jelika Radi, Adreana Filsie Sanau Anselm, Manisha Vyonnie Gelebat, Juliana Ungan Merayang, Olivia Ceilo Oliver dan Anesonia Aking turut menerima penghargaan berupa RM800 dan sijil penyertaan masing-masing.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie, yang turut menzahirkan rasa bangga dengan semangat dan keyakinan tinggi yang ditunjukkan para peserta muda dalam mengangkat martabat wanita Dayak.-TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found