Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bruce Teo pada sidang media pelancaran buku 'The Untamed Sarawak: A Photographic Field Guide Reptiles, Amphibians, Arachnids' di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Ceritera fauna Sarawak menerusi lensa kamera Bruce Teo

KUCHING, 25 Mei: Pencinta fotografi dan alam pastinya teruja meneroka koleksi fauna alam yang terakam melalui lensa kamera jurufoto hidupan liar Bruce Teo Kuo Leat menerusi ‘The Untamed Sarawak: A Photographic Field Guide Reptiles, Amphibians, Arachnids’.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, buku infografik ini bukan sekadar untuk memaparkan 234 spesies reptilia, amfibia serta labah-labah yang boleh ditemui di hutan hujan Sarawak.

Malah, beliau mengajak warga untuk menikmati kandungan buku ini menerusi perspektif untuk memperkasakan aspek pemuliharaan dan pengurusan kepelbagaian biologi yang mampan, selari dengan hala tuju Kerajaan Sarawak dalam melestarikan alam sekitar di wilayah ini.

“Buku ini bukan sekadar sebuah perjalanan visual semata-mata, sebaliknya ia merupakan sebuah instrumen yang dapat membantu dalam usaha pemuliharaan alam sekitar. Ia mewakili suara kepada biodiversiti kita.

“Malah, buku ini juga menjadi bukti yang jelas akan keupayaan dan potensi bakat anak Sarawak apabila digerakkan dengan semangat, iltizam dan usaha tanpa jemu,” katanya pada sidang media pelancaran buku ‘The Untamed Sarawak: A Photographic Field Guide Reptiles, Amphibians, Arachnids’ di Kuching pada Ahad.

Menurutnya, buku ini juga penting bukan sahaja kepada pencinta flora serta fauna, malah boleh dijadikan medium untuk mendidik orang ramai, pelajar serta penggubal dasar tentang nilai biodiversiti dan cara untuk memuliharanya.

Sementara Bruce Teo, 32, pula berkata, idea penghasilan buku ini adalah kerana cinta mendalamnya terhadap seni fotografi dan sudah tentunya alam semula jadi, selain mengajak orang ramai untuk menghargai kepelbagaian biodiversiti yang ada di hutan hijau tertua di Bumi Kenyalang ini.

Menurutnya, daripada 100,000 foto yang diambilnya, hanya 234 spesies reptilia, amfibia dan labah-labah yang dimuatkan dalam buku yang mempunyai ketebalan 258 halaman ini.

Malah, beliau berbangga kerana buku yang mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkannya ini, merupakan yang pertama sepertinya dihasilkan oleh anak Sarawak untuk tatapan warga tempatan dan dunia.

“Pertamanya, buku ini berbeza daripada kebanyakan buku seumpamanya kerana lazimnya, ia biasa diterbitkan oleh pihak dari negara luar. Selain itu buku-buku sebegini bersifat terlalu saintifik dan mengandungi terlalu banyak teks, sehingga ia kurang digemari oleh kebanyakan pembaca.

“Keduanya, buku ini diterbitkan secara ringkas dengan kandungan yang memfokuskan kepada gambar yang disertakan nama dan saiz spesies. Namun, lokasi penemuan spesies tidak dinyatakan bagi tujuan melindungi biodiversiti ini,” ujarnya.

Buku ‘The Untamed Sarawak: A Photographic Field Guide Reptiles, Amphibians, Arachnids’ boleh didapati pada harga RM200 (kulit lembut) dan RM250 (kulit keras). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan