Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz bercakap dengan rakan sejawatannya dari Singapura Gan Kim Yong (dua dari kanan) semasa majlis makan tengah hari peringkat menteri selepas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-25 hari ini. Foto, Bernama.

ASEAN: Empat pencapaian besar Mesyuarat AEC ke-25 – Tengku Zafrul

ByTVS

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Empat hasil utama dicapai dalam Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) ke-25 menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 esok.

Mesyuarat yang dipengerusikan Malaysia melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu berlangsung sebagai sebahagian daripada siri mesyuarat persediaan ASEAN, dengan kehadiran menteri-menteri ekonomi dan delegasi dari semua negara anggota ASEAN serta Timor Leste.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata mesyuarat kali ini membincangkan isu mendesak seperti ketegangan geopolitik dan kesan dasar tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap perdagangan serta pelaburan ASEAN.

“Menteri sebulat suara mengakui bahawa ASEAN tidak boleh lagi berpegang kepada pendekatan seperti biasa. Kita mesti lebih berani, tangkas dan berpandangan jauh bagi melindungi serta memajukan kepentingan sosio-ekonomi rantau ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat AEC ke-25 di sini, hari ini.

Antara hasil penting tambah Tengku Zafrul, mesyuarat mengalu-alukan kejayaan sepenuhnya Penyampaian Ekonomi Keutamaan (PED) Laos bagi 2024, menerusi penerimaan rasmi Pelan Hala Tuju Piawaian Perdagangan Digital, sekali gus menandakan kemajuan besar dalam agenda ekonomi digital ASEAN.

Pencapaian kedua membabitkan Malaysia katanya apabila dua PED negara bagi 2025 berjaya dimuktamadkan, iaitu rundingan naik taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA 3.0) dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA).

“Kedua-dua perjanjian penting ini dijadual ditandatangani semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober nanti. Ini pencapaian besar yang akan melonjakkan daya saing dan pertumbuhan ekonomi ASEAN,” kata beliau.

Tengku Zafrul berkata, ATIGA yang telah lama menjadi teras integrasi ekonomi ASEAN kini bakal mengandungi peruntukan baharu yang bersifat berpandangan ke hadapan serta signifikan dari sudut komersial.

Sementara itu beliau memaklumkan turut dibincangkan ialah rundingan Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan (MoA) mengenai Grid Kuasa ASEAN (APG), yang akan ditandatangani semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM) pada Oktober 2025.

“Grid Kuasa ASEAN ini adalah inisiatif strategik bagi memperkukuh keselamatan tenaga, kesalinghubungan dan kelestarian serantau.

Dalam konteks ini, Majlis turut menyokong usaha ke arah penubuhan Rangka Kerja Kemudahan Pembiayaan APG bagi merangsang aliran pelaburan tenaga merentas sempadan.

“Majlis juga menyokong penuh penganjuran mesyuarat bersama antara Menteri Tenaga, Kewangan dan Ekonomi ASEAN pada Ogos nanti untuk membincangkan pembiayaan dan pelaburan tenaga secara lebih terperinci,” tambahnya.

Hasil keempat mesyuarat membabitkan status semasa Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 yang kini berada di tahun terakhir pelaksanaannya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan