Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki dimasukkan ke hospital akibat cedera parah selepas terlibat dalam insiden tembakan di tempat awam di barat Sydney. Foto hiasan Envato

2 cedera parah dalam insiden tembakan di tempat awam di Sydney

ByBernama

SYDNEY, 25 Mei: Dua lelaki dimasukkan ke hospital akibat cedera parah selepas terlibat dalam insiden tembakan di tempat awam di barat Sydney, lapor Xinhua.

Polis di negeri New South Wales (NSW), Australia dalam satu kenyataan pada petang Ahad berkata perkhidmatan kecemasan menerima panggilan mengenai kejadian tembakan di Parramatta, kira-kira 20 kilometer ke barat pusat bandar Sydney, sekitar 5.10 petang waktu tempatan.

Menurut polis, sepasukan anggota tiba di lokasi dan menemukan dua lelaki, masing-masing dengan beberapa kesan tembakan dalam sebuah kereta bersama dua lelaki lain yang tidak cedera.

Polis tempatan telah menutup kawasan kejadian untuk siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan