Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar 100 peratus dalam kejadian awal pagi di Kampung Rawa-Rawa, Tawau. Foto JBPM

Tiga sekeluarga cedera redah api selamatkan diri

ByTVS

TAWAU, 24 Mei: Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita berusia 53 tahun cedera selepas rumah dua tingkat yang mereka duduki di Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.01 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau tiba sembilan minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan rumah dua tingkat jenis separuh kekal berukuran 30×40 kaki dan terbakar 100 peratus. Tiga penghuni cedera ketika menyelamatkan diri,” katanya.

Mangsa wanita berusia 53 tahun melecur di tapak kaki, seorang lagi wanita cedera di bibir atas dan patah gigi manakala seorang lelaki berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan di kaki.

Kesemua mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba dan KKM sebelum dihantar ke Hospital Tawau menggunakan ambulans.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air dari jentera bomba serta sumber pili bomba.

Pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan turut membantu dengan satu aliran dan dua pancutan menggunakan pam angkut serta sumber air terbuka dari parit berhampiran.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.27 pagi setelah bomba memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan