Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lawatan Institut Jerman-Malaysia (GMI) ke TEGAS Digital Village (TDV) hari ini. Foto TEGAS

TEGAS perkasa ekonomi digital, perkukuh bakat belia di Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Mei: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) hari ini menerima kunjungan daripada Institut Jerman-Malaysia (GMI) bagi  membincangkan peluang bekerjasama mengukuhkan bidang pendidikan bagi mengukuhkan peranan memacu ekonomi digital dan pembangunan bakat Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Udin Bujang berkata, kunjungan tersebut merupakan keseinambungan terhadap kunjungan TEGAS ke GMI pada 2022.

“Perbincangan tertumpu kepada potensi dalam pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan (TVET) bagi melengkapkan belia Sarawak dengan kemahiran sedia industri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, seramai 97 pelajar dari Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) Sibu juga turut mengadakan lawatan ke TEGAS Digital Village (TDV) bagi meneroka pembelajaran STEM melalui sesi interaktif yang dianjurkan oleh Pembelajaran Inovatif Komuniti TEGAS (TCIL).

“Pengalaman terus seperti ini mempamerkan bagaimana TEGAS terus merapatkan jurang peluang antara pelajar B40 dan M20 yang kebanyakkannya melawat ke ruang inovasi teknologi buat pertama kali.

“Lawatan ini menekankan dedikasi TEGAS terhadap inovasi inklusif, akses pendidikan dan perkongsian strategik dalam memastikan belia Sarawak bersedia untuk masa depan digital. TEGAS Digital Village akan terus berfungsi sebagai platform bagi memperkasakan belia, penerokaan teknologi dan pembangunan kolaboratif dalam memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam era digital,” katanya lagi.

Dalam masa sama, TEGAS juga telah menerima kunjungan daripada 30 ahli Pemuda, Wanita dan Belia Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.41 Kuala Rajang.

Tujuan lawatan tersebut katanya adalah untuk mempelajari mengenai inisiatif pemerkasaan digital termasuk inkubasi permulaan dan jangkauan komuniti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan