Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Microelectronics Design (SMD) melancarkan Pertandingan Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) SMD 2025 untuk mengasah bakat tempatan dalam reka bentuk IC dan meletakkan Sarawak sebagai pemain berpotensi besar dalam industri semikonduktor global.

SMD lancar pertandingan asah bakat tempatan Sarawak reka litar bersepadu

ByBernama

KUCHING, 24 Mei: Sarawak Microelectronics Design (SMD) melancarkan Pertandingan Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) SMD 2025 untuk mengasah bakat tempatan dalam reka bentuk IC dan meletakkan Sarawak sebagai pemain berpotensi besar dalam industri semikonduktor global.

 Syarikat reka bentuk cip semikonduktor tempatan itu berkata pertandingan reka bentuk yang julung kalinya diadakan itu bermula dengan dengan program bootcamp selama lima hari di Akademi SMD di Kota Samarahan baru-baru ini melibatkan lapan pasukan yang mewakili Curtin University Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak dan Universiti Teknologi Swinburne Sarawak.

“Dalam tempoh 14 bulan, pasukan akan mereka bentuk, mencipta (peringkat akhir fasa reka bentuk) dan menguji IC yang memenuhi piawaian tinggi prestasi dan kecekapan tenaga,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pertandingan itu disokong oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak dan sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 negeri yang bertujuan untuk membina tenaga kerja berkemahiran yang dipacu inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Shariman Jamil berkata inisiatif itu mencerminkan keyakinan terhadap kecerdasan terutamanya potensi yang belum diteroka sepenuhnya dalam kalangan belia serta keupayaan mereka untuk membentuk masa depan teknologi.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan rakan faundri kami X-Fab Sarawak, untuk fabrikasi cip, dan kami menghargai sokongan MEITD dalam memperkasa pereka IC generasi akan datang,” katanya.

Sepanjang tempoh pertandingan, pasukan yang bertanding akan melalui pelbagai fasa penilaian, menumpukan kepada metodologi reka bentuk, prestasi, kualiti reka letak dan hasil ujian.

Pasukan yang mencapai prestasi cemerlang akan diberi penghargaan pada majlis anugerah pada Jun 2026, mengukuhkan pembangunan perancangan bakat  bagi ekosistem semikonduktor Sarawak.

SMD yang diperbadankan pada September 2022 adalah syarikat milik penuh kerajaan negeri Sarawak melalui Pemerbadanan Setiausaha Kewangan Negeri yang mengkhusus dalam mereka bentuk litar atau cip bersepadu isyarat analog dan campuran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan