Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Loji Pemecahan Isirung (KCP) di Lubok Antu Palm Oil Mill 2, di sini hari ini. Foto Teo Chi Wei (TVS)

Sarawak teroka potensi biofuel dan SAF daripada sisa sawit

ByAhmad Burhanuddin

LUBOK ANTU, 24 Mei: Sarawak komited meneroka potensi penghasilan biofuel dan bahan api penerbangan mampan (SAF) daripada sisa kelapa sawit.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai satu inovasi yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga mampu menjana pendapatan ekonomi baharu.

Menurutnya, dengan lebih 85 kilang kelapa sawit beroperasi di seluruh wilayah ini, Sarawak mempunyai kapasiti besar untuk mengumpul dan memproses sisa industri sawit menjadi produk tenaga bernilai tinggi.

“Biofuel boleh menjadi asas kepada pengeluaran SAF. Jika kita berjaya hasilkan bahan mentah utama (feedstock) dalam jumlah besar, kita akan mampu keluarkan minyak kapal terbang dalam kuantiti besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Loji Pemecahan Isirung (KCP) di Lubok Antu Palm Oil Mill 2, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom serta Pengurus Besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA), Joseph Blandoi.

Dalam pada itu, Abang Johari turut memuji kejayaan awal SALCRA dalam mengolah bahan buangan sawit seperti isirung (kernel) dan hampas menjadi biofuel yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Abang Johari menjelaskan, ia termasuk sebagai bahan asas kepada SAF, sejenis bahan api pesawat yang kini menjadi keperluan utama industri penerbangan global bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar.

Selain itu menurutnya, sisa sawit juga boleh menghasilkan metana dan hidrogen, dua bahan penting dalam penghasilan tenaga alternatif dan penyimpanan tenaga hijau.

“Pada akhirnya, semua sisa dimanfaatkan serta mendapat keuntungan seterusnya menjadi pendapatan kepada pekebun kecil, pemilik tanah dan syarikat tempatan,” ujarnya.

Menurutnya, pendekatan tersebut pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan ekonomi kitaran tetapi menyokong sasaran Sarawak untuk menjadi hab eksport bahan tenaga hijau dan produk pertanian bernilai tambah tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan