Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang menyiasat sumber bahan kimia yang digunakan dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok pada 17 Mei lepas. Foto Bernama

Polis siasat punca bahan kimia kes serangan asid di Bachok

ByBernama

KOTA BHARU, 24 Mei: Polis sedang menyiasat sumber bahan kimia yang digunakan dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Bachok pada 17 Mei lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan masih dijalankan dan pihaknya yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Polis sedang meneliti dari mana bahan kimia itu diperoleh, termasuk kemungkinan ia datang dari kilang getah tempat kedua-dua suspek bekerja,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita ditahan dan direman sehingga hujung bulan ini, tetapi tidak menolak kemungkinan akan memohon lanjutan reman jika siasatan belum lengkap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin memaklumkan usaha sedang dipergiat bagi mengesan suspek ketiga yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai masih berada di sekitar negeri ini dan melarikan diri selepas dua suspek lain ditahan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata suspek ketiga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan dua suspek yang ditahan masing-masing berusia 38 dan 45 tahun di sebuah kilang getah di Kuala Krai.

Pada 17 Mei lepas, seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang.

Akibat serangan itu, mangsa melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki. Bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan