Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mijun Nasin ditemui pada Pesta Sungai Kampung Simpok 2025 di Padawan pada Sabtu. Foto TVS

Pesta Sungai Kampung Simpok 2025 serlah perpaduan komuniti

PADAWAN, 24 Mei: Memperkasa budaya, melestari alam sekitar serta perpaduan komuniti merupakan mesej utama yang ingin disampaikan menerusi program jangkauan komuniti sempena Pesta Sungai Kampung Simpok 2025 oleh syarikat penerbangan terkemuka tanah air, AirAsia bersama-sama warga Kampung Simpok.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia (AirAsia), Dato Kapten Fareh Mazputra, kolaborasi penganjuran program sebegini adalah sebahagian daripada misi AirAsia dalam meraikan komuniti di Sabah dan Sarawak dalam menyambut musim menuai yang penuh bermakna.

Ujarnya, program jangkauan komuniti AirAsia di Kampung Simpok membuktikan nilai tambah syarikat penerbangan ini untuk terus menghubungkan semua warga kepada pelbagai lokasi di seluruh rantau ini, termasuklah termasuk kawasan yang kurang mendapat perhatian.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Pesta Sungai Kampung Simpok 2025, Mijun Nasin, 60, berkata, penganjuran pesta ini adalah bertujuan mempamerkan seni budaya serta tradisi etnik Bidayuh Bisapug di daerah Padawan ini.

“Tujuan utama kami menganjurkan pesta ini adalah untuk memperkasakan budaya selain menyemarakkan suasana perayaan Gawai. Lazimnya, program ini diadakan seminggu sebelum sambutan Gawai, yakni pada 1 dan 2 Jun ini.

“Acara ini juga ia memberi peluang kepada penduduk kampung serta masyarakat dari luar kawasan ini untuk turut serta memeriahkan pesta Hari Gawai dan pada tahun ini juga, kami turut berkolaborasi dengan pihak AirAsia dalam menjayakan temasya ini,” jelasnya.

Ketua Kaum Kampung Simpok, Vincent Tambang, 72, pula berkata, penganjuran pesta sungai ini bukan sahaja mengangkat budaya kaum Bidayuh di kampung ini, malah merupakan pendekatan dalam melestarikan alam sekitar.

“Pesta sungai ini kita adakan untuk memperkasa serta memperagakan budaya kaum Bidayuh, terutamanya dari segi pakaian tradisi dan minuman yang akan disajikan dalam rakit nanti dan kita memilih pesta sungai bagi menyahut seruan kerajaan untuk mencintai alam semula jadi seperti sungai,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan