Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlumbaan Perahu Naga Terbuka 2025 anjuran Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas di Tebingan Sungai Lawas petang tadi. Foto TVS

Perlumbaan Perahu Naga 2025 pacu sukan air Teluk Brunei

LAWAS,24 Mei: Perlumbaan Perahu Naga 2025 yang diadakan buat julung kalinya di daerah ini diyakini menjadi pemangkin kepada acara sukan air dan kebudayaan yang sinonim dengan masyarakat Cina di kawasan Teluk Brunei.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata acara anjuran Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas itu dijayakan dengan meriah oleh masyarakat setempat dengan kerjasama berbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut beliau usaha ini seharusnya menjadi identiti kekal yang mengambarkan keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya yang ada di Sarawak secara keseluruhannya.

“Ia adalah satu pentas yang mempamerkan semangat kekitaan, kesungguhan dan kecintaan kita terhadap warisan budaya yang berbagai.

“Kita amat berbangga kerana Lawas hari ini menjadi lokasi penyatuan berbagai kumpulan etnik di daerah kita ini dan dalam acara ini ianya juga disertai daripada rakan-rakan kita daripada negara Brunei Darussalam, Sabah dan wilayah Persekutuan Labuan.

“Ini akan merapatkan lagi hubungan kita dengan jiran-jiran kita,” katanya pada perasmian Perlumbaan Perahu Naga Terbuka Lawas 2025 anjuran Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas di Tebingan Sungai Lawas petang tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi dan Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Latip.

Acara ini melibatkan penyertaan pasukan daripada negara Brunei, negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Kuching dan pasukan tempatan daripada Lawas.

Seramai lebih 500 pekayuh dan pasukan kebudayaan cina daripada Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei, Limbang dan Lawas berkampung di bandar Lawas sejak 23 Mei sehingga acara berakhir pada malam 25 Mei 2025.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan