Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jerry (tiga kiri) menyerahkan cenderamata kepada Hasbi, disaksikan tetamu kenamaan lain. Foto TVS

Percepat penyambungan elektrik dan air di Anjung Usahawan Medamit – Hasbi

LIMBANG, 24 Mei: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah terkilan susulan masalah penyambungan bekalan air dan elektrik yang belum selesai di Anjung Usahawan Medamit meskipun bangunannya sudah lama disiapkan.

Beliau mahu Pejabat Residen dan Daerah berhubung dengan agensi berkaitan bagi memastikan pusat perniagaan itu dapat disambung dengan bekalan elektrik dan air serta beroperasi segera.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata, Anjung Usahawan penting dalam memperkasa sosioekonomi penduduk luar bandar dengan menyediakan prasarana untuk berniaga dan memasarkan industri kecil sederhana penduduk pedalaman.

“Saya sebenarnya agak terkilan mengenai masalah penyambungan elektrik dan air belum dapat dilaksanakan di Anjung Usahawan Medamit meskipun ia sudah lama siap.

“Saya minta Pejabat Residen dan Daerah untuk menyelesaikan masalah ini segera kepada agensi yang berkaitan,” katanya ketika berucap pada Majlis Kebudayaan Mantar Gawai Dayak Sempena Pesta Medamit 2025 malam tadi.

Katanya, isu ketiadaan elektrik dan bekalan air sudah kerap diutarakan kepada pihak berkaitan sebelum ini, namun belum ada tindakan diambil.

Katanya, masalah itu perlu segera diselesaikan sebelum hujung tahun ini bagi membolehkan peniaga kecil luar bandar terlibat dalam aktiviti perniagaan dan memperkasa ekonomi mereka.

Projek Anjung Usahawan Medamit dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) dengan kos kira-kira RM5 juta.

Anjung Usahawan Medamit menyediakan ruang niaga yang selesa dan dilengkapi kemudahan untuk disewakan kepada pengusaha tempatan pada kadar yang murah selain kemudahan penduduk tempatan memasarkan produk mereka.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan