Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alvinniana Stang, 36 , Richard Jong, 24 dan Stephen Stang, 40, ketika ditemui TVS di Bazar Gawai Dayak di Permyjaya, Miri pada Jumaat. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Peniaga tempatan raih manfaat di Bazar Gawai Dayak Miri 2025

ByVanessa Enjop

MIRI, 24 Mei: Bazar Gawai Dayak 2025 di Permyjaya Miri terus mendapat sambutan hangat, bukan sahaja sebagai platform menyemarakkan semangat perayaan, malah sebagai ruang keusahawanan bagi komuniti tempatan menjana pendapatan dan memperkenalkan produk kreatif.

Seramai 74 peniaga mengambil bahagian dalam bazar tahun ini, menjual pelbagai produk makanan, minuman dan kraf tangan tempatan.

Bagi pengusaha minuman, Alvinniana Stang, 36, bazar ini membuka peluang besar untuk mengetengahkan idea baharu seperti “street bar” yang menawarkan pelbagai minuman istimewa.

“Idea ini saya dapat semasa melancong ke tempat lain. Saya terfikir, kenapa tidak cuba buat di tempat sendiri? Sambutan sangat positif, antara minuman paling laris ialah Tequila Sunrise, Screwdriver dan Blue Ocean,” katanya ketika ditemui TVS pada Jumaat.

Beliau berharap Bazar Gawai akan terus diperluas pada masa akan datang dengan lebih banyak variasi.

“Saya berharap tahun depan boleh buka gerai yang lebih besar. Kita juga boleh tambah elemen budaya seperti persembahan seni, pakaian tradisional dan makanan warisan agar lebih menarik dan unik,” tambahnya.

Sementara itu, Stephen Stang, 40, yang menjual kopi claypot berkata, teknik penyediaan tradisional menggunakan arang menjadikan kopinya istimewa dan mendapat perhatian pelbagai kaum.

“Sambutan sangat baik, kadang-kadang pelanggan beratur panjang – tak kira bangsa, termasuk mereka yang tidak menyambut Gawai,” ujarnya.

Stpehen turut mencadangkan agar penganjuran bazar diperkukuh dengan lebih banyak aktiviti dan kerjasama strategik.

“Kalau ada sokongan kerajaan atau penaja, kita boleh jemput artis tempatan dan dari luar. Kalau ada bajet, boleh juga anjur pertandingan atau aktiviti kebudayaan untuk tarik lebih ramai pengunjung,” tambahnya.

Bagi peniaga makanan, Richard Jong, 24, bazar ini menjadi landasan untuk mempromosikan produk tempatan sambil mengeratkan hubungan komuniti.

“Kami jual makanan bakar dan masakan eksotik. Sambutan pada tahun ini sangat menggalakkan. Harap tahun depan dapat teruskan dengan penyertaan lebih ramai peniaga,” ujarnya.

Bazar Gawai Dayak Miri bukan sekadar pusat perniagaan musiman, malah mencerminkan perpaduan, kreativiti dan daya saing komuniti tempatan.

Dengan sokongan berterusan, ia berpotensi menjadi acara tahunan bertaraf pelancongan yang memperkukuh identiti budaya serta ekonomi setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan