Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah ketika merasmi Perlumbaan Perahu Naga Terbuka Lawas 2025 anjuran Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas di Tebingan Sungai Lawas petang tadi. Foto TVS

Pembangunan inklusif dilaksana di bandar dan seberang Lawas

LAWAS, 24 Mei: Kerajaan giat melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh bagi bandar Lawas yang merangkumi kawasan pusat bandar serta kawasan seberang sungai, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, pelan tersebut bertujuan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada rakyat untuk turut menikmati manfaat pembangunan secara inklusif.

“Kerajaan merancang untuk memanjangkan lagi pembangunan Tebingan Sungai Lawas, bukan sahaja di kawasan bandar, tetapi turut melibatkan kawasan seberang. Pembinaan jambatan yang sedang berjalan kini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pembangunan secara seimbang di kedua-dua kawasan ini.

“Ini adalah sebahagian daripada perancangan pembangunan yang lebih menyeluruh untuk bandar Lawas,” katanya semasa menyempurnakan Perasmian Perlumbaan Perahu Naga Terbuka Lawas 2025 di Tebingan Sungai Lawas, petang tadi.

Acara tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas, dengan penyertaan pasukan tempatan dan serantau. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan