Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Micheal Ronnie Langgung menyempurnakan acara simbolik penyerahan Pasar Tamu Sarikei sambil diperhatikan tetamu yang lain. Foto TVS

Pasar Tamu Sarikei kini berwajah baharu dengan fasiliti kondusif

SARIKEI : Pasar Tamu Sarikei kini berwajah baharu selepas dinaik taraf dengan kos berjumlah RM847,870 oleh kerajaan bagi menyediakan fasiliti lebih selesa dan kondusif kepada para usahawan serta pengunjung.

Residen Sarikei, Datu Micheal Ronnie Langgung berkata, projek penaiktarafan itu merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuh infrastruktur pasar tamu demi mempertingkatkan keselesaan dan kecekapan operasi di kawasan tersebut.

“Penaiktarafan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengunjung, tetapi turut membawa impak positif kepada para usahawan tempatan dalam menjual hasil pertanian, ternakan, hasil laut, makanan, minuman dan produk hutan.
“Dengan adanya kemudahan yang lebih baik, Pasar Tamu Sarikei dijangka menjadi pusat tumpuan yang lebih sistematik dan teratur, sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuh ekosistem pemasaran hasil pertanian,” katanya semasa merasmikan Program Jualan Khas Sempena Gawai Dayak 2025 dan Majlis Penyerahan Pasar Tamu Sarikei, hari ini.

Tambah beliau, peningkatan imej pasar tamu yang kini lebih bersih, menarik dan selesa turut berperanan sebagai platform mempereratkan kerjasama antara Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak.

Dalam perkembangan berkaitan, FAMA Sarawak menganjurkan Program Jualan Khas Sempena Gawai Dayak 2025 sebagai inisiatif membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, khususnya menjelang musim perayaan.

Pengarahnya, Norsalawaty Abd Kadir, berkata program tersebut dilaksanakan menerusi penganjuran Jualan Agro MADANI, yang memfokuskan kepada penyediaan pelbagai produk makanan asas seperti ayam, ikan, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan kawalan dan barangan runcit.

“Ia turut mengetengahkan pelbagai hasil tani tempatan, bagi memastikan pengguna mendapat pilihan barangan yang berkualiti pada harga berpatutan,” ujarnya.- TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found