Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah Ford Ranger terbalik dalam kejadian kemalangan yang menyebabkan lima individu cedera, termasuk dua mangsa patah tulang. Foto JBPM

Lima cedera, dua 4WD bertembung

ByTVS

SOOK, 24 Mei: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang bertembung di Jalan Sook Batu 14, berhampiran Kampung Baranon, petang semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, insiden yang berlaku sekitar jam 5.10 petang itu membabitkan sebuah Ford Ranger dan Isuzu D-Max.

Pasukan dari BBP Keningau tiba di lokasi kejadian sejauh 24 kilometer pada jam 5.35 petang.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan kami. Anggota bomba memberikan rawatan awal serta menjalankan kerja pembersihan kawasan,” kata Komander Operasi, PBK II KUP Azwan Hamirin.

Tiga lelaki dalam Ford Ranger berusia 25 tahun mengalami kecederaan, termasuk seorang patah tangan. Pemandu Isuzu D-Max berusia 60 tahun mengalami patah kaki manakala penumpang wanita berusia 55 tahun hanya cedera ringan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.36 petang selepas lokasi disahkan selamat. Operasi melibatkan lapan anggota bomba dengan dua jentera — LFRT dan EMRS.- TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found