Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau sekali lagi ditangkap selepas mencuri empat unit rim kereta di sebuah bengkel di Kota Samarahan. Foto IPD Kota Samarahan

Lelaki miliki 9 rekod jenayah dicekup curi rim kereta

KOTA SAMARAHAN, 24 Mei: Seorang lelaki yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau sekali lagi ditangkap selepas mencuri empat unit rim kereta di sebuah bengkel di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditangkap sepasukan anggota polis daripada Bahagia Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Ranchan Serian pada jam 12.05 tengah hari semalam.

“Ketika tangkapan pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Kancil, tangkapan dan rampasan barang kes kemudiannya dibawa ke Pejabat Risikan Operasi BSJD IPD Kota Samarahan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Hasil soal siasat yang dilakukan suspek mengaku mencuri empat unit rim kereta jenis Perodua Axia di sebuah bengkel dengan menaiki kereta Produa Kancil milik kawannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek menjual rim tersebut di sebuah kedai di kawasan Entingan bersama-sama kawannya yang dikenali dengan nama “Bolong” berusia 30-an dengan harga RM 264.

“Suspek juga mengaku terlibat dengan pengambilan dadah dan dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah untuk saringan air kencing dan akan ditahan reman mulai hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan,” tegasnya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found