Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (tiga dari kiri) dan timbalannya Liew Chin Tong (dua dari kanan) hadir pada majlis makan malam bersama delegasi Mesyuarat Pegawai Kanan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama

Kuala Lumpur siap sedia untuk sidang kemuncak ASEAN ke-46, delegasi luar mula tiba

ByBernama

SEPANG, 24 Mei: Malaysia mulai menerima delegasi diplomatik dari pelbagai negara petang ini untuk menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat Berkaitan di ibu negara.

Antaranya ialah Menteri Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) Khalifa Shaheen Almarar yang tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 2.16 petang.

Turut tiba hari ini ialah Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn pada 2.40 petang, diikuti Timbalan Menteri Hal Ehwal Pelbagai Hala Antarabangsa Arab Saudi Abdulrahman Al-Rassi pada 3 petang.

Menteri Luar dan Kerjasama Timor-Leste Bendito dos Santos Freitas pula tiba pada 5 petang manakala Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son tiba di lapangan terbang pada 5.45 petang.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei, bersama-sama dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan.

Sidang Kemuncak ASEAN ini akan menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari negara anggota untuk membincangkan perkembangan serantau dan melakar hala tuju masa depan kumpulan serantau itu.

Ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, selepas menerajui blok serantau itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan